Tuesday, May 26, 2009

DIALAH GURU...DIALAH NELAYAN

SEPETANG DI KUALA SUNGAI PULAI API-API


Makan dulu...bekal goreng pisang yang dihantar oleh isteri ustaz...yus memang pelahap...selalunya ikan mentah yang baru naik atas bot tu pun dimakannya...nasib baik ada gorang pisang...terima kasih kpd isteri ustaz hamzah.

Inilah rupa sampan kesayangan ustaz...sampan mencarai rezeki tambahan..sampan 12 kaki..enjin 4 kuda..tapi laju


Inilah keperitan hidup seorang nalayan sambilan pinggir pantai...nak cari rezeki kena mendayung dulu sebab air surut...tapi tak pe...jimat minyak sikit...minyak mahal sekarang ni...hampir sejam jugak mendayung ke kuala. Sambil mendayung tu sempat jugak mengutip kerang kat tebing...haaa...ni boleh buat trip carik kerang pulak ni...banyak betul la

Trip mancing sembilang telah bertukar menjadi trip berkelah sambil makan pisang kerana sembilang yang diharapkan tidak muncul...hanya gelama kentut dan anak sembilang yang dapat dinaikkan...sabar je la...inilah dugaan sebagai nelayan pinggir.


No comments:

Post a Comment